Saturday 15 October 2011

LEARNING MANAGEMENT SYSTEM

Assalamualaikum wbt..
Minggu 2
Pada minggu ini merupakan kali ke dua saya berada dalam kelas komputer.Saya dan pasangan saya telah membincangkan tentang Learning Management System(LMS) atau dalam bahasa melayunya dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran.Contoh yang dapat saya kongsikan berkaitan aplikasi ini ialah SPIN yang digunakan oleh semua pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia termasuklah saya sendiri.SPIN adalah sebuah sistem maklumat yang digunakan oleh pensyarah dalam menyampaikan maklumat terkini berkaitan kursus masing-masing.berikut adalah maklumat yang saya fahami tentang LMS.

Learning Management system : LMS adalah singkatan daripada Learning Management System, sebuah web-site yang dipergunakan untuk pembelajaran secara atas talian (online) . ia juga adalah satu sistem penggurusan p&p secara sistematik. Ia menguruskan semua bahan kandungan p&p.

Ciri-ciri; 

  1. Online,
  2. Pengurusan bahan P&P,
  3. Penilaian, dan
  4. Penyertaan pelajar dan guru
Terdapat berbagai jenis LMS ;
Open Source; Moodle, ATutor, Claroline, Dokes, OLAT, JoomlaLMS, Sakai Projek.
Berbayar ; Score A, WebCT, ANGEL Learning, Blackboard ,Desire2Learn.,ECollege ,Taskstream

What (Apa)  :
Apakah LMS ? Sistem pengurusan p&p secara sistematik secara atas talian.

Where (Di mana) :
LMS telah pesat digunakan di Sekolah, Universiti dan pusat pengajian awan dan swasta.
  • Contoh ; UPSI – WebCT.
When (Bila) :
Bila digunakan? Untuk tujuan p&p, latihan, ujian, pengayaa, pengukuhan dan pemulihan

Why (Kenapa) :
Mengapa menggunakan LMS? Memudahkan pengurusan p&p secara bersistematik dan mudah dicapai secara online. Modul-modul telah tersedia.

Who (Siapa) :
Siapa yang boleh menggunakan LMS , guru murid dan tetamu laman.
Siapa yang akan mendapat faedah ?

How  (Bagaimana): Maksudnya bagaimana kita berupaya menempatkan dan mengolah semua subjek itu dalam kurikulum yang hendak dihasilkan.

No comments:

Post a Comment