Tuesday 6 December 2011

MINGGU 6 (MEMBUAT QUESTIONAIRE)

Assalamualaikum wbt..

Pada minggu ini kami ditugaskan intuk membuat questionaire..Dalam tugasan ini kami perlu membuat perbincangan dengan pasangan bagaimana untuk membina soalan dalam survey, Kami perlu membuat 10 soalan mudah untuk survey research yang berkaitan dengan tajuk kami iaitu sistem operasi.
Ini adalah links yang dapat membantu kami dalam menyiapkan tugasan pada minggu ini iaitu minggu 6.
http://www.statpac.com/surveys/
http://www.surveysystem.com/sdesign.htm
Setelah mentelaah links tersebut barulah saya tahu bagaiman untuk membina soalan didalam survey monkey.Setelah melakar serba sedikit soalan kami perlu mendaftar survey monkey untuk menulis soalan dan jawapan menggunakan survey monkeys
Sebelum membina soalan dalam survey monkey kami perlu signup links tersebut
http://www.surveymonkey.com/



seterusnya kami perlu mendaftar survey monkey ini untuk pendaftaran.Setelah mengisi akaun dalam survey ini barulah kamai dapat menulis soalan dengan klik pada (create survey) yang berada diatas sebelah kanan.Pada bahagian ini akan keluar create a new survey dan kami perlu menulis title dan pilihan kategori soalan kami,bagi kumpulan kami menulis title tentang sistem operasi dan pilian kategori kami perlu menulis education.Selepas keluarnya bentuk page survey yang berkaitan dengan tajuk kami kami perlu membina soalan dan membut pilihan jawapan.unutuk menambah soalan kami perlu klik pada add question..Setelah selesai membina soalan dalam survey monkey ini kami perlu postkan pada facebook group bagi mendapat jawapan daripada kawan-kawan yang lain.

Tugasan seterusnya pula kami perlu membina soalan dengan menggunakan  google documents.
Pada langkah pertama kami perlu sign in google account ataupun gmail.

Monday 24 October 2011

Minggu 5

Assalamualaikum wbt..


Tugasan pada minggu ini begitu mencabar bagi saya.pada minggu ini kami disuruh untuk mencari jurnal yang berkaitan dengan tajuk tugasan kami.Dengan ini jelas menunjukkan tugasan pada minggu ini masih berkait dengan tugasan pada minggu-minggu yang lalu.Kami diminta untuk mencari jurnal di laman web yang diberi oleh Dr Siti Fatimah dalam proforma iaitu http://www.ukm.my/library/,http://www.ezplib.ukm.my/login, http://scholar.google.com.my/ dan http://books.google.com/.Laman-laman web ini mestilah berkait dengan tajuk tugasan saya iaitu SISTEM OPERASI.


Pertama kali , apa yang perlu saya buat ialah membuat penyelidikan ( research ) secara individu.
Kami perlu belajar mengenai proses penyelidikan pendidikan melalui laman-laman sesawang yang diberikan iaitu

  • http://library.albany.edu/subject/tutorials/education/index.html





  • http://www.iiep.unesco.org/fileadmin/user_upload/Cap_Dev_Training





  • http://writing.colostate.edu/guides/research/survey





  • http://managementhelp.org/businessresearch/questionnaires.htm






  • Kemudian,saya terus mancari buku di googlebook tentang tajuk tugasan saya,iaitu sistem operasi.Melalui googlebook,ini adalah links yang kami gunakan untuk mencari tentang tajuk kami iaitu http://books.google.com .pelbagai buku-buku ilmiah ditemui.


    Seterusnya,saya terus postkan link berkenaan buku tersebut di Facebookgroups saya
    Ini antara links yang saya temui dalam google books tersebut yang berkaitan dengan tajuk saya
    http://books.google.com.my/books?id=Ad9qKEaVzQIC&dq=operating+system&hl=en&ei=Z5qhTv85y9GtB8jm6eEC&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=3&ved=0CD4Q6AEwAg.


    Sebelum ini,saya tidak pernah menggunakan googlebook ini,selepas ini,saya akan terus mangaplikasikan googlebook dalam pelbagai pembelajaran untuk mncari sumber rujukan tambahan.


    Kemudian tugas seterusnya kami perlu mentelaah tentang tajuk (plagiarism). Sebelum itu saya ingin menerangkan apa itu plagiarism atau plagiat,,Plagiat ialah penciplakan pandangan ,karangan,bahan-bahan dari orang lain seperti kata mudah mencuri bahan orang lain serta menjadikan bahan yang diambil seperti pendapat dan bahan sendiri.Kami diberi laman sesawang berkaitan dengan plagiarism iaitu
    http;//www.plagirsm.org/
    http;//www.plagiarism.org/plag_article_how_do_i_cite_sources.html.








     

    Sunday 16 October 2011

    PERANAN SISTEM OPERASI PADA SISTEM KOMPUTER

    Assalamualaikum wbt...


    Pada minggu ini kami diberikan tugasan berdasarkan tajuk masing-masing.Kami ditugaskan untuk menyiapkan tugasan ini secara berpasangan.Kami akan berbincang tentang tugasan masing masing berdasarkan tajuk yang telah diberikan oleh Dr.Siti Fatimah.Saya dan pasangan iaitu Mohd Amar Nasrim telah diarahkan untuk menyiapkan tugasan yang diberi iaitu SISTEM OPERASI.


    Berikut adalah hasil perbincangan saya:
    PERANAN SISTEM OPERASI PADA SISTEM KOMPUTER

    Extented Machine.
    Extented machine dapat menyenderhanakan dan mempermudahkan penggunaan perkakasan tanpa memberi arahan yang susah kepada peranti keras.Dengan hanya memberi arahan yang mudah dan difahami serta yang diingini extented machine dapat mengaplikasikannya.Sebagai contoh pembacaan data atau fail pada disk.Kita tidak perlu memberikan arahan drave terlebih dahulu sebaliknya kita hanya mencari data atau fail pada sektor tertentu.

    Pengurus Sumber
    Sistem operasi dapat memberi peranan dalam pengurusan sumber dengan menetapkan perkakasan (hardware) dalam seluruh sistem yang begitu kompleks seperti tatcara penggunaan prosesor, memori, timer, cakera, pencetak, dan sebagainya.

    Berikut adalah aktiviti atau kegiatan yang dilakukan oleh sistem opereasi :

    1 : Proses
    Proses merupakan satu kunci utama semua aktiviti sistem komputer. Pada dasarnya proses adalah pengeksekusian suatu program yang terdiri daripada program laksana, program data dan stack, program counter, stack pointer, pendaftaran serta semua maklumat yang dipelukan untuk menjalankan program tersebut.

    2 : Fail
    Sistem operasi juga dapat melakukan serta berkemampuan untuk menagani dan mengurus fail, data, program, dan sebagainya.Selain itu sistem operasi dapat membuat fail,memindahkan, membaca, dan menulis fail. Pengurusan fail di dalam suatu direktori yang boleh dikumpulkan sesuai dengan fungsinya yang dinyatakan sehingga adanya proses hierarki dalam simpanan fail yang disebut sebagai system call.

    3 : Shell
    Shell ialah suatu interface yang digunakan pengguna untuk berkomunikasi secara langsung dengan komputer yang biasanya dinamakan sebagai juru bahasa arahan (command interpreter)





    Sistem Panggilan
    Sistem panggilan dapat memberi suatu peranan kepada sistem operasi bagi menjalankan atau mengendalikan proses kebaikan iaitu menjalankan program induk (parent) mahupun program anak (child) dan sebagainya.Perkara ini juga disebut System Calls For Process Management.

    Berikut adalah System Calls For Process Management

    1 : System Calls For Signaling
    Iaitu panggilan isyarat gangguan yang digunakan untuk menghentikan proses jika terdapat kesalahan atau jika mempunyai proses yang lain perlu didahulukan.

    2 :  System Calls For File Management
    Sistem ini bertujuan untuk pengurusan fail bagi membuat, membaca, dan menghadkan pengguna memanipulasi fail dan sebagainya.

    3 : System Calls For Directory Management

    Sistem ini adalah untuk menetapkan suatu direktori yang mengandungi fail-fail yang biasanya sudah dinyatakan tujuannya seperti penggunaan tertentu, pemakaian secara bersama sehungga tidak perlu mentapkan fail-fail tersebut tetapi cukup dengan menetapkan direktorinya sahaja.

    4 : System Calls For Protection
    Sistem ini pula adalah untuk memelihara keamanan pada fail atau direktori supaya pengguna hanya pasti yang anda boleh gunakan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.


    Saturday 15 October 2011

    LEARNING MANAGEMENT SYSTEM

    Assalamualaikum wbt..
    Minggu 2
    Pada minggu ini merupakan kali ke dua saya berada dalam kelas komputer.Saya dan pasangan saya telah membincangkan tentang Learning Management System(LMS) atau dalam bahasa melayunya dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran.Contoh yang dapat saya kongsikan berkaitan aplikasi ini ialah SPIN yang digunakan oleh semua pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia termasuklah saya sendiri.SPIN adalah sebuah sistem maklumat yang digunakan oleh pensyarah dalam menyampaikan maklumat terkini berkaitan kursus masing-masing.berikut adalah maklumat yang saya fahami tentang LMS.

    Learning Management system : LMS adalah singkatan daripada Learning Management System, sebuah web-site yang dipergunakan untuk pembelajaran secara atas talian (online) . ia juga adalah satu sistem penggurusan p&p secara sistematik. Ia menguruskan semua bahan kandungan p&p.

    Ciri-ciri; 

    1. Online,
    2. Pengurusan bahan P&P,
    3. Penilaian, dan
    4. Penyertaan pelajar dan guru
    Terdapat berbagai jenis LMS ;
    Open Source; Moodle, ATutor, Claroline, Dokes, OLAT, JoomlaLMS, Sakai Projek.
    Berbayar ; Score A, WebCT, ANGEL Learning, Blackboard ,Desire2Learn.,ECollege ,Taskstream

    What (Apa)  :
    Apakah LMS ? Sistem pengurusan p&p secara sistematik secara atas talian.

    Where (Di mana) :
    LMS telah pesat digunakan di Sekolah, Universiti dan pusat pengajian awan dan swasta.
    • Contoh ; UPSI – WebCT.
    When (Bila) :
    Bila digunakan? Untuk tujuan p&p, latihan, ujian, pengayaa, pengukuhan dan pemulihan

    Why (Kenapa) :
    Mengapa menggunakan LMS? Memudahkan pengurusan p&p secara bersistematik dan mudah dicapai secara online. Modul-modul telah tersedia.

    Who (Siapa) :
    Siapa yang boleh menggunakan LMS , guru murid dan tetamu laman.
    Siapa yang akan mendapat faedah ?

    How  (Bagaimana): Maksudnya bagaimana kita berupaya menempatkan dan mengolah semua subjek itu dalam kurikulum yang hendak dihasilkan.

    KEMAHIRAN BERFIKIR JOHN ARUL PHILIPS (1997)

    Pengajaran Kemahiran Berfikir :Teori dan Amalan
    John Arul Philips (1997)

    Bab 1 - Pentingnya Kemahiran BerFikir

    Bab ini membincangkan tentang pentingnya mengajar kemahiran berfikir memandangkan perkembangan ynag pesat dalam zaman maklumat, perubahan ciri-ciri tempat kerja dan penglibatan rakyat dalam sistem demokrasi.

    Bab 2 - Biologi dan Psikologi Pemikiran
    Bab ini menerangkan dengan mendalam biologi dan psikologi pemikiran. Antrara isu yang diberi perhatian di dalam buku ini ialah sama ada otak manusia dikhususkan untuk aktiviti pemikiran tertentu serta bagaimana maklumat disalurkan dalam otak. Buku ini juga membincangkan psikologi pemikiran dengan tumpuan kepada pelbagai tafsiran pemikiran.

    Bab 3 - Memperkenalkan satu Model yang dipanggil program P.D.I (Perkembangan Daya Intelek)
    Bab ini juga menerangkan model yang menunjukkan bagaimana kemahiran berfikir dapat diserapkan ke dalam mata pelajaran sekolah.

    Bab 4 - Proses Pemikiran dan Kemahiran Berfikir.
    Bahagian ini membincangkan perbezaan di antara proses pemikiran dan kemahiran berfikir. Juga dibancangkan ciri-ciri pemikiran kritis dan kreatif serta kemahiran-kemahiran berfikir mikro yang terbabbit.

    Bab 5 - Strategi Mengajar Kemahiran Berfikir
    Strategi yang boleh digunakan dan diamalkan oleh guru dalam memperkembangkan kemahiran berfikir pelajar. Yang diutamakan ialah pengajaran secara langsung kemahiran berfikir dengan menggunakan Teknik KADAR.

    Bab 6 - Guru dan Daya Perkembangan Peminkiran Pelajar.
    Meneliti peranan guru dalam perkembangan kemahiran berfikir pelajar dan bagaimana segala tindak-tanduk guru di dalam dan diluar kelas mempengaruhi cara pelajar berfikir.

    Bab 7 - Penilaian Kemahiran Brfikir
    Penilaian kemahiran berfikir bertujuan bagaimana menilai dan menentukan sama ada usaha guru ke arah ini telah berjaya mencapai dan menerapkan kemahiran ini.

    Bab 8 - Ke Arah Budaya Berfikir.
    Menyentuh tentang bagaimana sesebuah organisasi atau sekolah dapat melahirkan 'organisasi yang berfikir' dengan tumpuan kepada pentadbiran sekolah atau sesuatu organisasi.

    Monday 10 October 2011

    Definisi Pengajaran dan Pembelajaran

    Apa dia pengajaran?

    Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

    Apakah ciri-ciri Pengajaran?

    • guru dan murid,
    • guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar,
    • hanya bermakna apabila ada pembelajaran,
    • melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman,
    • melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol,
    • ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian,
    • boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber,
    • meliputi rancangan mengajar (KOPI),
    • proses yang melibatkan interaksi dua hala,
    • ada unsur sains dan seni.
    Apa dia pembelajaran?

    Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Selain itu juga pembelajaran merupakan perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan.pembelajaran juga dapat dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.

    Pembelajaran :

    • Satu proses yang berterusan,
    • Secara formal dan tak formal,
    • Secara formal melalui sekolah – membaca, menulis & mengira dsb.,
    • Secara tak formal melalui rakan sebaya, keluarga, media massa, persekitaran.
    • Mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran,
    • Empat mazhab pembelajaran utama – behavioris, kognitif, sosial dan humanis.

    Sunday 9 October 2011

    SEJARAH SISTEM OPERASI


    Assalamualaikum wbt..
    Pada minggu ke dua saya dan pasangan saya telah berbincang tentang tugasan yang di beri iaitu sistem operasi.Dalam perbincangan ini saya telah mencari,mentafsir maklumat tentang sistem operasi.Antara perbincangan saya ialah sejarah sistem operasi.
    berikut adalah maklumat terperinci sejarah sistem operasi. 






    Sistem operasi mengalami perkembangan yang sangat pesat.Sistem operasi terbahagi kepada empat peringkat generasi iaitu.

    Genarasi Pertama (1945-1955)
    Generasi ini merupakan generasi yang terawal perkembangan sistem komputasi eloktronik sebagai pengganti sistem komputasi mekanik.Hal ini kerana untuk manusia menilai agak terbatas ekoran perkembangan manusia yang begitu pantas malah pencerobohan,kekeliruan,dan kesalahan dalam sistem ini sering kali berlaku. Pada masa ini sistem operasi belum diperkenalkan lantaran itu sistem komputer  harus diberi penekanan secara langsung.

    Generasa kedua (1955-1965)
    Generasi kedua memperkenalkan Batch Processing System iaitu jobs yang dibuat dalam satu rangkaian dan dijalankan secara peringkat demi peringkat. Pada generasi ini sistem komputer belum dilengkapi sistem operasi,tetapi beberapa fungsi sistem operasi telah ada sebagai contoh fungsi sistem operasi ialah FMS dan IBSYS.

    Generasi ketiga (1965-1980)
    Pada generasi ini perkembangan sistem operasi dikembangkan untuk memenuhi pengguna dimana para pengguna interaktif berkomunikasi secara on-line di komputer sekaligus menjadikan sistem operasi diguna pakai oleh khalayak ramai dan multi programming dapat di akses kepada banyak program dalam masa yang sama.

    Generasi keempat (Pasca 1980an)
    Penggunaan komputer pada masa ini begitu luas,,dengan penggunaan sistem operasi untuk jaringan komputer kewujudan antara komputer-komputer saling terhubung diantara satu sama lain. Selain itu,pada generasi ini pengguna juga diselesakan dengan Graphical User Interface iaitu antara-muka komputer yang berasaskan grafik yang sangat memberi manfaat dan selasa penggunaannya.Pada masa ini juga bermula era perkembangan komputasi yang tersebar luas dimana komputer-komputasi tidak lagi berpusat pada satu titik malah dipecahkan kepada bebereapa bahagian komputer sehingga tercapai prestasi yang lebih baik.

    Friday 7 October 2011

    SISTEM OPERASI KOMPUTER

    FUNGSI SISTEM OPERASI KOMPUTER

    1:Pengurusan processor
    Menyelesaikan tugas yang perlu dilakukan ke dalam perintah yang lebih kecil dengan keutamaan tertentu sebelum mengirimkanya ke prosesor.

    2:Pengurusan memori
    Menyelaraskan aliran data yang masuk dan keluar ram dan menentukan keperluan simpanan data melalui virtual memori.

    3:Pengurusan device
    Berfungsi sebagai penghubung antara mana-mana yang disambung dengan komputer termasuk mengatur dan memanipulasi (hardware)komputer seperti hardisk, printer, disk, keyboard, mouse, dan monitor.

    4:Pengurusan storage
    Menguruskan fail dalam pelbagai media simpanan seperti floppydisk, hard drive,compact disk, (cd), dan tape serta menguruskan kemungkinan kehilangan data.

    5:Permohonan dan antara muka pengguna
    Sistem operasi dapat menyediakan komunikasi harga dan Pertukaran data antara perisian program komputer.Selain itu, sistem operasi juga menyediakan antarmuka (interface) bagi penggunaan sehingga lebih mudah dan berkesan.

    Wednesday 5 October 2011

    KELAS KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN

    Assalamualaikum wbt.

    Komputer dalam pendidikan merupakan salah satu subjek yang harus diambil oleh setiap pelajar dalam fakulti pendidikan.Pengenalan subjek ini adalah untuk meningkatkan proses dan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran yang lebih kompetitif apabila menamatkan pelajaran nanti.hal ini secara tidak langsung dapat melahirkan guru yang cekap dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Minggu pertama.

    Pada kelas pertama,kami diperkenalkan beberapa perkara yang berkaitan dengan kelas komputer dalam pendidikan.Antara perkara-perkara yang harus kami buat ialah

    1:Buka akaun yahoo mail
    2:Buka akaun gmail
    3:Buat signature yahoo mail dan hantar kepada Dr Siti Fatimah melalui emel ge1155@yahoo.com dan  cc nsakinah@yahoo.com
    4:Buka akaun facebook
    5:Bina yahoogroups dan join http//groups.yahoo.com/group/ge1155-2011
    6:Buat blogs.

    Pada awalnya saya merasakan agak susah untuk membuat kesemua item-item tersebut.Tetapi dengan pertanyaan dan bantuan daripada Dr siti Fatimah dan kawan-kawan saya dapat belajar dan mengetahui cara untuk membuat perkara yang disuruh.

    Perkara yang paling menarik dalam subjek ini ialah pembelajaran yang agak mencabar kerana sebelum ini saya tidak pernah belajar melalui penggunaan email,blog,yahoogroups,facebook,dan lain lain lagi.Hal ini sekaligus memberi saya pengalaman yang baru dalam pembelajaran.

    Pendaftaran googlemail dan yahoomail
    Untuk mendaftar yahoomail pelajar pergi ke laman sesawang taip registration yahoo.Setelah selesai mengisi maklumat pelajar harus klik create my account dekat bawah.email ini amat penting dalam subjek komputer dalam pendidikan kerana segala kerja dan perhubungan dengan course coordinator dalam subjek ini akan dihantar melalui emel.Bagi google account pula pelajar perlu pergi ke laman sesawang google dan klik pada gmail,selepas itu pelajar klik pada create an account.Setelah selesai membina kedua dua akaun tersebut kami disuruh membuat signature dan hantar kepada ge1155@yahoo.com dan cc kepada nsakinah@yahoo.com.

    Pendaftaran akaun facebook
    facebook amat penting bagi tujuan perbincangan dan pemberitahuan samaada dalam pembelajaran dan hal-hal semasa.Pada minggu pertama juga kami disuruh membuka akaun facebook dan disarankan untuk add kawan-kawan serta pensyarah bagi kesenangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran komputer dalam pendidikan.Pendaftaran facebook amat mudah kerana pendaftaran ini hanya menggunakan maklumat yang tersedia iaitu menggunakan alamat email yang telah didaftarkan.Kita hanya mengisi nama,tarikh lahir,alamat email,dan kata lalauan yang dikehendaki.

    Membina yahoogroup dan join yahoogroup Dr Siti Fatimah
    Kami disaranakan untuk menyertai yahoogroup Dr Siti Fatimah iaitu http//groups.yahoo.com/group/ge1155-2011.Ini kerana segala maklumat yang akan disampaikan oleh course coordinator Dr Siti Fatimah melalui yahoogroup ini.Segala perbincangan juga amat sesuai dalam penggunaan yahoogroup.

    Mencipta blog
    selama ini saya hanya mendengar sahaja tentang blog tetapi hendak menciptanya tidak pandai.Dalam subjek ini blog harus dibuat bagi melengkapkan item-item yang disuruh.Blog dicipta melalui gmail,melalui alamat gmail lah blog dapat di create.Blog amat sesuai untuk berkongsi pengalaman dan pengajaran kerana blog lebih bersifat terbuka.

    Sekian terima kasih