Wednesday 5 October 2011

KELAS KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN

Assalamualaikum wbt.

Komputer dalam pendidikan merupakan salah satu subjek yang harus diambil oleh setiap pelajar dalam fakulti pendidikan.Pengenalan subjek ini adalah untuk meningkatkan proses dan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran yang lebih kompetitif apabila menamatkan pelajaran nanti.hal ini secara tidak langsung dapat melahirkan guru yang cekap dalam pengajaran dan pembelajaran.

Minggu pertama.

Pada kelas pertama,kami diperkenalkan beberapa perkara yang berkaitan dengan kelas komputer dalam pendidikan.Antara perkara-perkara yang harus kami buat ialah

1:Buka akaun yahoo mail
2:Buka akaun gmail
3:Buat signature yahoo mail dan hantar kepada Dr Siti Fatimah melalui emel ge1155@yahoo.com dan  cc nsakinah@yahoo.com
4:Buka akaun facebook
5:Bina yahoogroups dan join http//groups.yahoo.com/group/ge1155-2011
6:Buat blogs.

Pada awalnya saya merasakan agak susah untuk membuat kesemua item-item tersebut.Tetapi dengan pertanyaan dan bantuan daripada Dr siti Fatimah dan kawan-kawan saya dapat belajar dan mengetahui cara untuk membuat perkara yang disuruh.

Perkara yang paling menarik dalam subjek ini ialah pembelajaran yang agak mencabar kerana sebelum ini saya tidak pernah belajar melalui penggunaan email,blog,yahoogroups,facebook,dan lain lain lagi.Hal ini sekaligus memberi saya pengalaman yang baru dalam pembelajaran.

Pendaftaran googlemail dan yahoomail
Untuk mendaftar yahoomail pelajar pergi ke laman sesawang taip registration yahoo.Setelah selesai mengisi maklumat pelajar harus klik create my account dekat bawah.email ini amat penting dalam subjek komputer dalam pendidikan kerana segala kerja dan perhubungan dengan course coordinator dalam subjek ini akan dihantar melalui emel.Bagi google account pula pelajar perlu pergi ke laman sesawang google dan klik pada gmail,selepas itu pelajar klik pada create an account.Setelah selesai membina kedua dua akaun tersebut kami disuruh membuat signature dan hantar kepada ge1155@yahoo.com dan cc kepada nsakinah@yahoo.com.

Pendaftaran akaun facebook
facebook amat penting bagi tujuan perbincangan dan pemberitahuan samaada dalam pembelajaran dan hal-hal semasa.Pada minggu pertama juga kami disuruh membuka akaun facebook dan disarankan untuk add kawan-kawan serta pensyarah bagi kesenangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran komputer dalam pendidikan.Pendaftaran facebook amat mudah kerana pendaftaran ini hanya menggunakan maklumat yang tersedia iaitu menggunakan alamat email yang telah didaftarkan.Kita hanya mengisi nama,tarikh lahir,alamat email,dan kata lalauan yang dikehendaki.

Membina yahoogroup dan join yahoogroup Dr Siti Fatimah
Kami disaranakan untuk menyertai yahoogroup Dr Siti Fatimah iaitu http//groups.yahoo.com/group/ge1155-2011.Ini kerana segala maklumat yang akan disampaikan oleh course coordinator Dr Siti Fatimah melalui yahoogroup ini.Segala perbincangan juga amat sesuai dalam penggunaan yahoogroup.

Mencipta blog
selama ini saya hanya mendengar sahaja tentang blog tetapi hendak menciptanya tidak pandai.Dalam subjek ini blog harus dibuat bagi melengkapkan item-item yang disuruh.Blog dicipta melalui gmail,melalui alamat gmail lah blog dapat di create.Blog amat sesuai untuk berkongsi pengalaman dan pengajaran kerana blog lebih bersifat terbuka.

Sekian terima kasih

No comments:

Post a Comment