Sunday 16 October 2011

PERANAN SISTEM OPERASI PADA SISTEM KOMPUTER

Assalamualaikum wbt...


Pada minggu ini kami diberikan tugasan berdasarkan tajuk masing-masing.Kami ditugaskan untuk menyiapkan tugasan ini secara berpasangan.Kami akan berbincang tentang tugasan masing masing berdasarkan tajuk yang telah diberikan oleh Dr.Siti Fatimah.Saya dan pasangan iaitu Mohd Amar Nasrim telah diarahkan untuk menyiapkan tugasan yang diberi iaitu SISTEM OPERASI.


Berikut adalah hasil perbincangan saya:
PERANAN SISTEM OPERASI PADA SISTEM KOMPUTER

Extented Machine.
Extented machine dapat menyenderhanakan dan mempermudahkan penggunaan perkakasan tanpa memberi arahan yang susah kepada peranti keras.Dengan hanya memberi arahan yang mudah dan difahami serta yang diingini extented machine dapat mengaplikasikannya.Sebagai contoh pembacaan data atau fail pada disk.Kita tidak perlu memberikan arahan drave terlebih dahulu sebaliknya kita hanya mencari data atau fail pada sektor tertentu.

Pengurus Sumber
Sistem operasi dapat memberi peranan dalam pengurusan sumber dengan menetapkan perkakasan (hardware) dalam seluruh sistem yang begitu kompleks seperti tatcara penggunaan prosesor, memori, timer, cakera, pencetak, dan sebagainya.

Berikut adalah aktiviti atau kegiatan yang dilakukan oleh sistem opereasi :

1 : Proses
Proses merupakan satu kunci utama semua aktiviti sistem komputer. Pada dasarnya proses adalah pengeksekusian suatu program yang terdiri daripada program laksana, program data dan stack, program counter, stack pointer, pendaftaran serta semua maklumat yang dipelukan untuk menjalankan program tersebut.

2 : Fail
Sistem operasi juga dapat melakukan serta berkemampuan untuk menagani dan mengurus fail, data, program, dan sebagainya.Selain itu sistem operasi dapat membuat fail,memindahkan, membaca, dan menulis fail. Pengurusan fail di dalam suatu direktori yang boleh dikumpulkan sesuai dengan fungsinya yang dinyatakan sehingga adanya proses hierarki dalam simpanan fail yang disebut sebagai system call.

3 : Shell
Shell ialah suatu interface yang digunakan pengguna untuk berkomunikasi secara langsung dengan komputer yang biasanya dinamakan sebagai juru bahasa arahan (command interpreter)





Sistem Panggilan
Sistem panggilan dapat memberi suatu peranan kepada sistem operasi bagi menjalankan atau mengendalikan proses kebaikan iaitu menjalankan program induk (parent) mahupun program anak (child) dan sebagainya.Perkara ini juga disebut System Calls For Process Management.

Berikut adalah System Calls For Process Management

1 : System Calls For Signaling
Iaitu panggilan isyarat gangguan yang digunakan untuk menghentikan proses jika terdapat kesalahan atau jika mempunyai proses yang lain perlu didahulukan.

2 :  System Calls For File Management
Sistem ini bertujuan untuk pengurusan fail bagi membuat, membaca, dan menghadkan pengguna memanipulasi fail dan sebagainya.

3 : System Calls For Directory Management

Sistem ini adalah untuk menetapkan suatu direktori yang mengandungi fail-fail yang biasanya sudah dinyatakan tujuannya seperti penggunaan tertentu, pemakaian secara bersama sehungga tidak perlu mentapkan fail-fail tersebut tetapi cukup dengan menetapkan direktorinya sahaja.

4 : System Calls For Protection
Sistem ini pula adalah untuk memelihara keamanan pada fail atau direktori supaya pengguna hanya pasti yang anda boleh gunakan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.


No comments:

Post a Comment